Quran and Cricket oleh Dr Farish A Noor

Oleh Yusni Yussof 

 

    Aku dah mengidam untuk beli buku ni buat beberapa lama, tetapi hanya bulan November 2011 akhirnya dompetku terbuka untuk membeli buku ni. Semenjak 7 tahun kebelakangan ni memang aku banyak membaca tulisan-tulisan Dr. Farish A Noor, seorang political scientist yang sangat prolific di dalam penulisan. Makalah-makalahnya yang selalu diterbitkan menerusi NST lazimnya segar dan mempunyai idea-idea yang berani. Mengkritik dan memuhasabah.

 

   Buku ni ternyata merupakan sebuah travelog perjalanan intelektual Dr. Farish yang suka merantau untuk menambahkan ilmunya. Dia seorang yang perlu diberi kepujian kerana sanggup turun ke lapangan untuk bergaul dengan masyarakat demi mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan isu-isu sosiopolitik dan sosio-keagamaan. Apabila dia turun ke padang, maka di situlah idealisme dan gagasan-gagasan yang bersifat sempurna bertemu dengan realiti kehidupan manusia yang ternyata serba tidak sempurna.

 

   Farish berpeluang merakamkan sendiri apa yang dia pelajari daripada muslim di seluruh dunia ; bagaiman kesucian dan kemurnian gagasan-gagasan Islam itu sendiri berbenturan dengan realiti masyarakat Islam yang hidup di negara-negara miskin, saling berperang  untuk tujuan yang tak jelas dan dibelenggu kemunduran. Farish dengan berani banyak mencabar gagasan-gagasan tersebut. Dan kita boleh mengambil banyak pengajaran dan iktibar di dalam kita memuhasabah gagasan Islam yang wujud di dalm diri kita. 

  Buku ni merakamkan pengembaraan Farish merentasi Zanzibar, Tanzania, Pakistan, India, Turki, Bangladesh dan Vietnam dalam misi keilmuan dan akademianya. Gaya penulisan Farish pula ternyata bersahaja dan lebih menampakkan jiwa sastera tinggi yang wujud di dalam diri Farish. 

    Pada mukasurat 117, Farish mencoretkan sesuatu yang begitu indah, " Why someone would need to travel so far to find oneself. Surely a look in the mirror would suffice, and wouldn't that be cheaper too? But the mirror lies, and the eyes that do the looking conspire too. Travel to the unknown robs one of the comfort of the familiar. It forces one to look into oneself anew and find a way of explaining things a tad clearer."

   Powerful sentences with deep insights if you ask me.